19 September 2025, Kuala Lumpur – Hari ini, Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (CSSB) telah memeterai Memorandum Kerjasama (MoC) dengan Halal International Selangor (HIS) bagi membangunkan ‘The Magnet – Selangor Global HIS Village’, sebuah hab bersepadu generasi baharu yang bakal memperkukuh kedudukan Selangor sebagai Gerbang Halal Global.

Pertukaran MoC tersebut melibatkan Encik Amran Abdul Wahab, Ketua Pegawai Operasi CSSB dan Encik Muhammad Khushairi Mat Lasar, Ketua Pegawai Eksekutif HIS. Majlis ini turut disaksikan oleh Y.B. Tuan Dr. Mohammad Fahmi bin Ngah, Exco Agama Islam dan Kebudayaan Inovasi, Negeri Selangor; S.S. Dato’ Haji Mohd Shahzihan bin Ahmad, Pengarah JAIS; serta Encik Mohd Zapi Abdullah, Ahli Lembaga Pengarah CSSB.

Majlis ini diadakan bersempena dengan Pra-Pelancaran Selangor Halal4Vibe Fest 2025 di Pavilion Selangor, MITEC, dan turut menerima kunjungan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, serta YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, yang meluangkan masa menyantuni para peniaga dan pempamer di Pavilion Selangor.

Meneruskan legasi Hab Halal Selangor sejak 2003, The Magnet – Selangor Global HIS Village akan memperkenalkan ekosistem halal menyeluruh yang merangkumi infrastruktur patuh halal, 32 unit kilang, kios makanan & minuman (F&B), ruang acara kolaboratif, serta sokongan nasihat daripada HIS.

Encik Amran menyatakan bahawa inisiatif strategik ini diyakini mampu membuka peluang lebih luas kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) halal serta syarikat multinasional untuk berkembang pesat, seterusnya mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai “Address for Halal Trust” di peringkat global.

#CentralSpectrum #PulauIndah #SelangorHalalHub #HalalLogistics #TheMagnet #SelangorGlobalHISVillage #MIHAS2025

 

No comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *