Shah Alam, 26 September 2025 – Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (CSSB) berbesar hati dapat turut bersama dalam Majlis Doa Selamat Sempena Perkahwinan Diraja Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor bersama pasangannya, Cik Afzaa Fadini binti Dato’ Abdul Aziz, yang telah berlangsung pada 25 September 2025 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri), Shah Alam.

Majlis penuh keberkatan ini turut dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya, dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin, diiringi kerabat diraja Selangor.

Turut hadir mewakili CSSB ialah Encik Mohd Zapi Abdullah, Ahli Lembaga Pengarah CSSB; Encik Amran Abdul Wahab, Ketua Pegawai Operasi CSSB bersama para dif kehormat serta hadirin yang sama-sama mendoakan keberkatan perkahwinan diraja ini.

Seluruh warga CSSB mendoakan agar pernikahan diraja yang bakal berlangsung pada 2 Oktober 2025 di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang senantiasa dalam lindungan Allah SWT, dikurniakan kebahagiaan berpanjangan, dan dipermudahkan segala urusan dalam melayari bahtera perkahwinan.

#centralspectrum #pulauindah

No comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *