skip to Main Content

Central Spectrum Menyerahkan Zakat Perniagaan kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor dalam Majlis Ihya Ramadan 1446H/ 2025M

SHAH ALAM, 3 Mac 2025 – Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (CSSB) berbesar hati menyertai Majlis Serahan Zakat Perniagaan kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor, yang diadakan sempena Majlis Ihya Ramadan D.Y.M.M. Sultan Selangor Bersama Rakyat, bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Dalam majlis ini, Ketua Pegawai Eksekutif CSSB, En. Zapi bin Abdullah, telah mewakili syarikat untuk menyerahkan zakat perniagaan CSSB kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor, diiringi oleh Ketua Bahagian Kewangan & Pelaburan, En. Amran Abdul Wahab.

Penyertaan CSSB dalam majlis ini mencerminkan komitmen syarikat terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan usaha berterusan dalam menyokong kesejahteraan masyarakat melalui pembayaran zakat perniagaan. Sumbangan ini diharap dapat membantu golongan yang memerlukan dan menyumbang kepada pembangunan kebajikan negeri Selangor.

#centralspectrum
#pulauindah
#zakatcssb2025

Back To Top
×Close search
Search