skip to Main Content
Majlis Ringkas Simbolik Penyerahan Bag Sekolah Daripada Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. Kepada Ecofreemarket Bekind Malaysia Sempena Program “Back To School” Dan Ramadhan 2024

Majlis Ringkas Simbolik Penyerahan Bag Sekolah Daripada Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. Kepada Ecofreemarket Bekind Malaysia Sempena Program “Back to School” dan Ramadhan 2024

Pulau Indah 23 Februari – Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (CSSB) telah menyerahkan 100 bag dan peralatan sekolah kepada Ecofreemarket Bekind Malaysia (Bekind) sempena program Back to School dan Ramadhan 2024 bagi edisi Pulau Indah.

Program usahasama ini adalah bertujuan bagi membantu penduduk di Pulau Indah meringankan tanggungan untuk sesi persekolah yang bakal tiba nanti. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha En. Mohamad Razif Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif CSSB. Manakala pihak Bekind yang telah diwakili oleh Yang Berusaha Puan Herdawaty Shah dan Encik Adib Azhar, Pengurusan Tertinggi menerima sumbangan tersebut.

Bagi program ini, Bekind menyasarkan penduduk yang kurang berkemampuan. Selain daripada CSSB, syarikat-syarikat lain di sekitar Pulau Indah juga turut menyumbangkan peralatan-peralatan yang diperlukan.

Ini adalah merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. yang diharap dapat dimanfaatkan oleh murid-murid yang bakal memulakan sesi persekolah pada bulan Mac ini.

#cssbcsrprogram #centralspectrum #ecofreemarketpulauindah #bekind

Back To Top
×Close search
Search