
Majlis Khatam Al-Quran Kumpulan Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (CSSB) Berlangsung Meriah
Pulau Indah, 22 Mac 2025 – Kumpulan Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (‘CSSB’) dengan penuh kesyukuran dan kehormatan telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadhan 1446H semalam. Majlis yang diadakan di ibu pejabat CSSB ini bertujuan untuk memperkukuhkan semangat kerohanian serta mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan warga kerja CSSB.
Majlis yang bermula dari 5.30 petang dan berakhir pada pukul 10.00 malam itu turut disertai dengan majlis berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak, serta solat Terawih secara berjemaah. Acara ini bukan sahaja mempereratkan ukhuwah sesama warga kerja, tetapi juga menjadi platform untuk meningkatkan kecintaan terhadap Al-Quran dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.
Dengan mengadakan acara seperti ini, CSSB menunjukkan komitmennya terhadap pembangunan sahsiah dan spiritual warga kerjanya, selari dengan visi dan misi syarikat untuk menjadi organisasi yang berintegriti dan beretika.
#centralspectrum
#pulauindah