
PELANCARAN PUSAT ADAPTASI PERUBAHAN IKLIM NEGERI SELANGOR (SCAC)
Shah Alam, 19 Mei 2025 – Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. telah menghadiri Majlis Pelancaran Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Negeri Selangor (SCAC) yang berlangsung pagi ini di Hotel Concorde Shah Alam, sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif kelestarian dan adaptasi perubahan iklim di negeri Selangor.
Majlis disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Selangor dan turut dihadiri oleh YB EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, YB Puan Jamaliah Jamaluddin. Program ini turut merangkumi sesi panel dan perbincangan yang memfokuskan kepada tindakan adaptasi, pembangunan mampan, serta usaha menjadikan Selangor sebagai negeri berdaya tahan iklim.
#CentralSpectrum #SCAC #SelangorAdaptasiIklim #ClimateResilience