skip to Main Content
Brompton Ride – Jalinan Rangkaian Strategik

Brompton Ride – Jalinan Rangkaian Strategik

Putrajaya, 3 Ogos 2025 – Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (CSSB) berbesar hati kerana berjaya menganjurkan program Brompton Ride – Networking Engagement yang telah berlangsung dengan penuh meriah dan santai di Putrajaya.

Program ini turut disertai oleh tetamu kehormat:
• YB Ng Sze Han, EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor
• Dato’ Ts. Saipolyazan Mat Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor
• Dato’ Hasan Azhari Idris, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor
• En. Mohd Zapi Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Mantap Murni merangkap Ketua Bahagian Hartanah MBI

Kemeriahan kayuhan ini turut disertai oleh En. Amran Abdul Wahab, Ketua Pegawai Operasi CSSB, dan rakan-rakan komuniti Brompton yang menjadikan suasana lebih mesra, santai dan penuh makna.

Seramai 30 peserta terlibat, terdiri daripada warga kerja Kumpulan MBI termasuk CSSB, Invest Selangor dan Hijrah. Penyertaan aktif dari kelab-kelab basikal seperti Rabu Malam Cycling Club (RMCC), Kelab Basikal Lipat (KBL) dan Uncles’ Cycling Club (UCC) turut menyerikan program ini serta menyemarakkan semangat komuniti.

Program ini bukan sahaja mendorong amalan gaya hidup sihat, malah menjadi wadah strategik untuk memperkukuh jaringan profesional dan mempererat hubungan dalam ekosistem pelaburan Negeri Selangor.

#centralspectrum
#pulauindah

Back To Top
×Close search
Search