Pulau Indah, 23 September 2025 – Central Spectrum (M) Sdn Bhd (CSSB) telah menyempurnakan agihan Wakalah Zakat 2025 di Kampung Perigi Nenas, Pulau Indah. Sumbangan ini disempurnakan oleh Encik Amran Abdul Wahab, Ketua Pegawai Operasi CSSB dan Encik Wan Mazri Wan Ramli, Timbalan Ketua Unit Perkhidmatan Korporat dan Kawalan Kredit CSSB, serta disertai oleh Tok Mohd Zahrin Mat Palal, Ketua Kampung Perigi Nenas.

Seramai 21 orang asnaf di kawasan Kampung Perigi Nenas telah menerima bantuan zakat. CSSB bersama Zakat Selangor komited terus mengenal pasti mereka yang memerlukan agar setiap bantuan sampai tepat kepada penerima yang benar-benar layak, supaya tiada yang tertinggal dalam usaha meringankan beban dan memupuk kesejahteraan dalam masyarakat.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa juga yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat segala yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah, ayat 110).

CSSB yakin bahawa setiap sumbangan yang diberikan walau sederhana dapat membawa perubahan yang besar. Ia bukan sekadar bantuan dalam berbentuk sampul, tetapi ini juga dapat mengangkat semangat, menyemai harapan dan menyantuni dalam kalangan penduduk di Pulau Indah.

CSSB dengan kerjasama Zakat Selangor akan terus memperluas capaian kepada kampung-kampung yang memerlukan, memastikan tanggungjawab sosial korporat dijalankan dengan penuh amanah dan keberkatan untuk semua pihak yang terlibat.

#centralspectrum #pulauindah #ZakatCSSB2025

No comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *