
Central Spectrum di HAWANA 2025: Komitmen Terhadap Kerjasama Strategik Bersama Media
14 Jun 2025, Kuala Lumpur – Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. telah diwakili oleh pegawai kanan syarikat, Encik Amran Abdul Wahab dan Encik Zukarnine Shah Zainal Abidin, dalam menghadiri Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC).
Sepanjang majlis, delegasi turut berkesempatan merakamkan momen bersama Pengerusi BERNAMA, Datuk Seri Wong Chun Wai, sebagai simbolik jalinan hubungan baik antara sektor korporat dan media.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai penghormatan kepada peranan penting pengamal media dalam mencorak pembangunan negara.
#centralspectrum #pulauindah #hawana2025