skip to Main Content
Tradisi Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk Mengeratkan Jalinan Ukhwah Di Antara CSSB & Masjid Ar-Rahman Sungai Pinang

Tradisi Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk Mengeratkan Jalinan Ukhwah di antara CSSB & Masjid Ar-Rahman Sungai Pinang

Pulau Indah, 21 Mac 2024- Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (CSSB) menjalin kerjasama menganjurkan majlis gotong royong memasak dan mengagihkan bubur lambuk sempena Ramadan di Masjid Ar-Rahman Sungai Pinang, dekat sini, hari ini.

Ironinya, program ini bukan sahaja menyaksikan keberadaan kakitangan CSSB kepada masyarakat setempat bahkan ia juga memupuk sifat bersedekah. Hal ini kerana Allah S.W.T. mengangkat darjat orang yang bersedekah lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif CSSB, Encik Mohamad Razif Abdul Wahab. Dianggarkan sebanyak 400 bekas bubur lambuk diagihkan kepada kakitangan CSSB, penduduk serta jemaah sekitar masjid terbabit sebagai juadah berbuka puasa.

Inisiatif Tanggungjawab Sosial Koporat (CSR) CSSB ini bertujuan mengimarahkan lagi Ramadan sebagai salah satu usaha mengukuhkan semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturahim di antara CSSB dan komuniti setempat sambil berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan.

Sesungguhnya memberi makan orang yang berbuka puasa besar ganjarannya seperti hadis Rasulullah S.A.W. “Barangsiapa memberi makan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa maka baginya pahala yang sama seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun” (Hadis riwayat Tirmidzi).

#centralspectrum #cssbcsrprogram #pulauindah

Back To Top
×Close search
Search