skip to Main Content
800 BEKAS BUBUR LAMBUK DIKONGSI BERSAMA WARGA CSSB DAN SMK PULAU INDAH

800 BEKAS BUBUR LAMBUK DIKONGSI BERSAMA WARGA CSSB DAN SMK PULAU INDAH

Pulau Indah, 27 Mac 2024 – Kira-kira 800 bekas bubur lambuk telah disediakan dan diagihkan kepada kakitangan Central Spectrum (M) Sdn Bhd (CSSB), guru-guru dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah (SMKPI) pada Program Mobiliti Bubur Lambuk anjuran bersama CSSB dan SMKPI, hari ini.

Program anjuran bersama ini telah berlangsung di Laman Surau Ar-Raihan, SMK Pulau Indah, Klang. Kerjasama erat di antara kakitanga CSSB dan warga SMKPI terserlah dengan penyertaan seramai 3 orang tukang masak yang terdiri dari para guru SMK Pulau indah yang mengetuai proses penyediaan bubur lambuk dengan dibantu lebih 30 orang yang terdiri daripada para pelajar, guru-guru dan kakitangan CSSB. Program ini turut dihadiri oleh Ketua Bahagian Jualan, Pemasaran dan Komunikasi Koperat CSSB, Encik Zukarnine Shah Zainal Abidin, mewakili Ketua Pegawai Eksekutif CSSB.

Program ini adalah inisiatif untuk memperkuat aktiviti kemasyarakatan sejajar dengan aspirasi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) CSSB, yang bertujuan membentuk keharmonian serta membangkitkan semangat kerjasama dan toleransi, khususnya dikalangan komuniti Pulau Indah.

Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah
#cssbcsrprogram #centralspectrum #smkpi #pulauindah

Back To Top
×Close search
Search