skip to Main Content
Central Spectrum Kekalkan Semangat Kebersamaan Dengan Masjid Ar-Raudhah Sg. Kembong Untuk Program Bubur Lambuk

Central Spectrum Kekalkan Semangat Kebersamaan dengan Masjid Ar-Raudhah Sg. Kembong untuk Program Bubur Lambuk

Pulau Indah, 30 Mac 2024 – Bubur Lambuk dan bulan Ramadan tidak dapat dipisahkan. Ia menjadi lambang perpaduan, toleransi dan kebersamaan masyarakat Islam kerana penyediaan bubur itu sendiri dilakukan secara bergotong-royong di masjid-masjid sebelum waktu berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan berlangsung.

Sempena kehadiran bulan Ramadan 1445H, pihak Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (CSSB) telah melaksanakan program memasak bubur lambuk bersama Masjid Ar-Raudhah Sg. Kembong, Pulau Indah, Klang. Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif CSSB, Encik Mohamad Razif Abdul Wahab.

Diketuai oleh imam masjid dan dibantu oleh anggota jawatankuasa serta kariah dan para sukarelawan dari CSSB, proses penyediaan bubur lambuk seawal jam 7:30 pagi, walaupun agak rumit namun ianya telah berjalan dengan lancar. Ironinya, program ini bukan sahaja menyaksikan kebersamaan kakitangan CSSB kepada masyarakat setempat bahkan ia juga memupuk sifat bersedekah.

Dianggarkan sebanyak 600 bekas bubur lambuk telah diagihkan kepada penduduk serta jemaah sekitar masjid terbabit sebagai juadah berbuka puasa.

Atas rasa Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), CSSB mensasarkan untuk meneruskan tradisi penyediaan bubur lambuk secara gotong-royong di tahun-tahun yang akan datang sebagai salah satu penghargaan kepada warisan budaya dan nilai murni yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim CSSB dan masyarakat tempatan di Pulau Indah.

#cssbcsrprogram #centralspectrum #pulauindah

Back To Top
×Close search
Search