skip to Main Content
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2024

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2024

Lebih 600 Tetamu Meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri 2024 Kumpulan Central Spectrum (M) Sdn Bhd

Setia Alam, 25 April – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2024 disambut meriah oleh Kumpulan Central Spectrum (M) Sdn Bhd (“CSSB Group”) bertempat di Courtyard by Marriott Setia Alam, Shah Alam, kelmarin untuk meraikan warga kerja, rakan-rakan niaga strategik korporat, pihak berkepentingan dan rakan-rakan media yang menjadi pemangkin dalam memaju perniagaan CSSB Group.

Tema Semurni Ikatan, Seindah Lebaran telah dipilih untuk melambangkan semangat kebersamaan dan jalinan persaudaraan dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri. Warga kerja CSSB tampil menarik dengan menggayakan pakaian tradisional Raya berwarna sedondon mencerminkan semangat kerjasama dan kesepakatan yang erat di semua peringkat.

Majlis ini telah diserikan lagi dengan kehadiran YB Tuan Ng Sze Han, EXCO Pelaburan, Perdagangan & Mobiliti, Dato’ Teng Chang Khim, YB Dato’ Setia Haji Haris selaku pengerusi CSSB, ahli-ahli lembaga pengarah, para tetamu kehormat daripada anak-anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) dan wakil daripada agensi-agensi kerajaan Selangor.

Ratusan tetamu yang hadir bukan sahaja dihidangkan dengan pelbagai menu sajian Aidilfitri, tetapi mereka juga turut dihiburkan dengan alunan nyanyian ghazal daripada Al-Gambus Production, Pahang dan persembahan tarian tradisional oleh penari-penari cilik daripada Aida Syakira Entertainment, Cyberjaya.

#centralspectrum #pulauindah #aidilfitri2024 #centralspectrumvirtual

Back To Top
×Close search
Search