skip to Main Content
Meraikan Majlis Perpisahan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohamad Razif Abdul Wahab

Meraikan Majlis Perpisahan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohamad Razif Abdul Wahab

Meraikan Majlis Perpisahan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohamad Razif Abdul Wahab.

BANDAR BESTARI KLANG, 1 May 2024 – Kelab Riadah dan Rekreasi (KRR) dan kerjasama Jabatan Sumber Manusia, Pentadbiran, IT dan Perundangan (HRAITL) telah menganjurkan satu majlis perpisahan buat Ketua Pegawai Eksekutif iaitu Encik Mohamad Razif Abdul Wahab yang telah menamatkan perkhidmatan beliau pada 30 April 2024, semalam.

Majlis tersebut diadakan bagi memberi penghormatan kepada beliau yang telah menerajui kepimpinan di Central Spectrum (M) Sdn Bhd, CSSB bermula dari Februari 2019 sehingga 30 April 2024. Kerjayanya bermula di CSSB sebagai Pengurus Besar, Jualan dan Pemasaran pada November 2012 sehingga Februari 2019. Selain itu juga, Encik Mohamad Razif Abdul Wahab, adalah ahli Lembaga Pengarah Urbancubes Sdn Bhd (USB). Beliau telah dilantik pada 14 Januari 2019.

Simbolik pada majlis berkenaan yang bermula pada jam 3 petang, beliau telah diiringi masuk ke dalam dewan hotel oleh ketua-ketua jabatan CSSB dan USB. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan perpisahan yang beliau kongsi sepanjang berkhidmat di Central Spectrum (M) Sdn Bhd.

Satu tayangan video khas diadakan yang mana memuatkan gambar-gambar beliau ketika berkhidmat di CSSB yang mana menyaksikan wargakerja CSSB ditemuramah yang berkisar tentang Encik Encik Mohamad Razif Abdul Wahab. Lagu Memori Tercipta turut didendangkan khas oleh wargakerja Kumpulan CSSB yang turut mengundang emosi hiba para hadirin. Sebagai tanda terima kasih sepanjang berkhidmat di CSSB, Encik Encik Mohamad Razif Abdul Wahab turut menerima cenderahati dari Kumpulan CSSB. Majlis perpisahan berkenaan tamat lebih kurang pukul 5:30 petang.

#centralspectrum #pulauindah #urbancubes

Back To Top
×Close search
Search