skip to Main Content
CSSB Dan Wargakerja Meriahkan Majlis Muhibah Aidilfitri MBI

CSSB dan Wargakerja Meriahkan Majlis Muhibah Aidilfitri MBI

SHAH ALAM, 9 MEI: Central Spectrum (M) Sdn Bhd (CSSB) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Zapi Abdullah telah hadir untuk memeriahkan Majlis Muhibah Aidilfitri Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di sini, semalam.

Majlis diserikan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari diiringi isteri, barisan tertinggi Kerajaan Negeri serta wakil-wakil ketua pegawai eksekutif kumpulan anak syarikat MBI.

Turut hadir ketua jabatan, unit dan kakitangan wargakerja kumpulan CSSB yang turut sama memberi sokongan dan beramah-mesra dengan para tetamu yang hadir.

Tetamu turut menerima kejutan apabila penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang didatangkan khas turut menyerikan Majlis Muhibah Aidilfitri MBI. Beliau mendendangkan tiga buah lagu raya dan traditional.

#centralspectrum #pulauindah

Back To Top
×Close search
Search