skip to Main Content
Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Pulau Indah (SKPI) 2023/2024

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Pulau Indah (SKPI) 2023/2024

Pulau Indah, 6 Februari – Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (CSSB) Encik Mohamad Razif Abdul Wahab telah merasmikan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Pulau Indah bagi sesi 2023/2024.

Majlis pada hari ini adalah bertujuan bagi meraikan murid-murid yang berjaya mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Gurubesar SKPI, Puan Wan Saliza binti Wan Salleh melahirkan rasa bangga dengan kejayaan yang telah dicapai oleh murid-murid sekolah ini. Dalam ucapan perasmian, Encik Mohamad Razif Abdul Wahab menyeru semua murid untuk menerapkan akhlak dan sifat mulia dalam setiap aspek kehidupan untuk lebih fokus serta menjadi pemangkin terhadap pembelajaran mereka.

Turut hadir bersama pada majlis tersebut adalah Yang Berusaha Lt (B) Mohd Fauzi bin Othman, Ahli Majlis N46C Pulau Indah, Yang Dipertua dan ahli-ahli PIBG Ketua-ketua kampung serta para ibu bapa. Selain daripada penganugerahan murid-murid, majlis juga dimeriahkan dengan beberapa persembahan.

#centralspectrum #SKPI #PulauIndah

Back To Top
×Close search
Search