skip to Main Content
Penyerahan Cek Dividen Bagi Tahun Kewangan 2024

Penyerahan Cek Dividen bagi Tahun Kewangan 2024

26 Jun 2025, Pulau Indah – Satu majlis ringkas penyerahan cek dividen bagi tahun kewangan 2024 telah diadakan di Central Spectrum Sales Gallery.

Penyerahan telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum (M) Sdn. Bhd., Encik Mohd Zapi Abdullah, kepada pemegang saham Detik Jalur Sdn. Bhd., Encik Adam Malik Bin Dato’ Azlan.

Turut hadir mengiringi beliau ialah Ketua Jabatan Kewangan dan Pelaburan, Encik Amran Abdul Wahab.

Majlis ini menzahirkan komitmen berterusan syarikat terhadap prinsip ketelusan serta keutamaan dalam memberikan pulangan pelaburan yang mampan kepada para pemegang saham.

#centralspectrum
#pulauindah

Back To Top
×Close search
Search