fbpx
skip to Main Content
PROGRAM GOTONG ROYONG RUMAH ASNAF

PROGRAM GOTONG ROYONG RUMAH ASNAF

Lembaga Zakat Selangor (MAIS) daerah Sepang telah menganjurkan Program Gotong Royong Rumah Asnaf bertempat di Kampung Giching, Sepang dengan kerjasama Penghulu Mukim LABU, Ketua Kampung, Nazir & Amil Kariah Masjid Al-Makmur (Kg. Giching) dan juga Kelab Fasilitator Fasstrain Malaysia.  Program tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS (MAIS), Y.Bhg. Dr. Mohd Farid Ravi Bin Abdullah.  Turut hadir wakil daripada Central Spectrum (M) Sdn. Bhd., Y.Bhg. Encik Wan Mazri Bin Wan Ramli, Penolong Pengurus Besar Kawalan Kredit & Hal Ehwal Korporat.

Selain aktiviti gotong-royong, Central Spectrum juga telah menyerahkan sumbangan berupa peralatan perniagaan kepada penerima sumbangan dan berharap semoga dengan sumbangan ini dapat membantu keluarga Asnaf untuk menjana pendapatan dan merahmati usaha ini.  Insya-Allah.

Back To Top
×Close search
Search