Pulau Indah, 2 November 2025 – Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) hari ini menganjurkan program “Jom ke Pulau Indah & Program Komuniti” yang berlangsung meriah di Laguna Park, Pulau Indah bermula seawal jam 7.00 pagi.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Abd. Hamid Hussain, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang, dan turut dihadiri oleh Encik Amran Abdul Wahab, Ketua Pegawai Operasi CSSB, ADUN Pelabuhan Klang, YB Tuan Azmizam Zaman Huri dan Ahli-ahli Majlis MBDK, serta pegawai-pegawai MBDK.

Sebagai menyokong inisiatif komuniti ini, CSSB turut mengambil peluang untuk membuka booth promosi bagi memperkenalkan projek kediaman eksklusif Aluna Residences. Kehadiran CSSB bukan sahaja menambah kemeriahan program, malah memberi peluang kepada para pengunjung mendapatkan maklumat lanjut mengenai projek perumahan berkualiti yang ditawarkan di kawasan strategik ini.

Program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga termasuk senamrobik, pameran komuniti, gerai jualan tempatan dan di meriahkan lagi dengan penyanyi jemputan iaitu Rahmad Mega.

#centralspectrum #pulauindah #programkomunitimbdk

No comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *