
Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. Hadir Mini Konvensyen: Cintai Sungai Klang Tahun 2025
Klang, 5 Jun 2025 – Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. berpeluang menghadiri Mini Konvensyen: Cintai Sungai Klang Tahun 2025 anjuran Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) yang berlangsung hari ini di Dewan MBDK, Bandar Bukit Raja, Klang.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Ng Suee Lim, EXCO Kerajaan Tempatan & Pelancongan Negeri Selangor yang mewakili Dato’ Seri Haji Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.
Inisiatif ini bertujuan memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemuliharaan sungai dan alam sekitar. CSSB berdiri teguh menyokong usaha MBDK ke arah alam sekitar yang lebih lestari.
#centralspectrum
#pulauindah
#CintaiSungaiKlang
#prihatinalamsekitar