skip to Main Content
Central Spectrum Meriahkan Kejohanan Merentas Desa SMK Pulau Indah 2025

Central Spectrum Meriahkan Kejohanan Merentas Desa SMK Pulau Indah 2025

Pulau Indah, 21 Februari 2025 – Seramai 1910 pelajar dari sesi pagi dan petang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Indah telah menyertai Kejohanan Merentas Desa sejauh 4 kilometer yang berlangsung pada hari ini.

Pengetua SMK Pulau Indah, Mohd Rizal bin Mohd Safaad, dalam ucapan pembukaannya, merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini. Beliau berharap agar kejohanan ini dapat memupuk semangat kesukanan dan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar.

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Zapi Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Central Spectrum (M) Sdn Bhd yang dalam ucapannya, memuji penganjuran kejohanan ini dan berharap agar ia dapat menjadi platform untuk melahirkan atlet-atlet yang berpotensi. Beliau juga menyeru para pelajar untuk terus aktif dalam bidang sukan.

Kejohanan Merentas Desa ini merupakan acara tahunan SMK Pulau Indah yang bertujuan bukan sahaja untuk menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan tetapi juga mengeratkan hubungan antara pelajar, guru dan pihak komuniti.

#centralspectrum
#smkpulauindah
#pulauindah

Back To Top
×Close search
Search