SHAH ALAM, 30 November 2025 – Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (CSSB) menutup penyertaan Hari Keempat Selangor HalalVibe Fest 2025 di Dataran Karnival Section 13, Shah Alam dengan penuh penghormatan apabila reruai CSSB menerima kunjungan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.
Tuan Amran Abdul Wahab, Ketua Pegawai Operasi CSSB, bersama-sama pengurusan kanan syarikat telah menerima kunjungan Diraja tersebut. Turut hadir mengiringi ialah YBhg. Dato’ Ts. Saipolyazan M. Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), YBhg Datin Seri Masdiana Muhammad, isteri EXCO Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi, YBrs. Puan Azrina Subkey dan YBrs. Tuan Muhammad Khushairi Mat Lasar, Ketua Pegawai Eksekutif Halal International Selangor (HIS).
Sepanjang lawatan, pihak CSSB telah membentangkan maklumat mengenai projek kediaman terkini, Aluna Residences, yang terus mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung. DYMM Tengku Permaisuri Selangor turut meluangkan masa untuk melihat pelan pembangunan dan menanyakan lebih lanjut mengenai potensi masa hadapan komuniti di Pulau Indah.
Penyertaan pada hari terakhir ini meneguhkan komitmen berterusan CSSB dalam memperkukuh pembangunan komuniti, menyokong ekosistem halal Selangor, serta mempromosikan projek pembangunan baharu yang berkualiti tinggi dan inklusif.
#centralspectrum #alunaresidences #pulauindah

No comment