KLANG, 28 Oktober 2025 – Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (CSSB) meneruskan komitmennya dalam tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menghulurkan sumbangan wakalah agihan zakat (Asnaf Fi Sabilillah) kepada Encik Hisham Sapap, mangsa kebakaran rumah di Kampung Sungai Udang, Klang.

Sumbangan berjumlah RM10,000 berserta bantuan keperluan asas telah diserahkan oleh Encik Amran Abdul Wahab, Ketua Pegawai Operasi CSSB, yang turut diiringi oleh Encik Zukarnine Shah Zainal Abidin, Ketua Jualan, Pemasaran dan Komunikasi Korporat CSSB, serta warga kerja CSSB.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBhg. Dato’ Johnson Tee Kim Hock, Pengarah Eksekutif Kumpulan, Acmar Group, yang turut menyampaikan sumbangan daripada Acmar Group kepada mangsa berkenaan. Program ziarah ini diadakan bagi menunjukkan keprihatinan terhadap komuniti setempat yang ditimpa musibah, sekaligus membantu meringankan beban mereka melalui dana wakalah zakat CSSB.

CSSB berharap sumbangan ini dapat memberikan sedikit kelegaan kepada penerima dan membantu usaha membina semula kediaman yang musnah akibat kebakaran.

#centralspectrum #pulauindah

No comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *