PULAU INDAH, 15 November 2025 – Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (CSSB) hari ini melaksanakan Majlis Penyerahan Tapak Institusi-Institusi Kerajaan dan Prebiu Eksklusif Aluna Residences bertempat di Central Spectrum Sales Gallery (CSSG), Pulau Indah. Majlis disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah CSSB, dan dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Abd. Hamid Hussain, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK); Tuan Amri Ismail, Pegawai Daerah Klang; YBhg. Dato’ Ts. Saipolyazan M. Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor; serta wakil-wakil institusi kerajaan dan rakan strategik.
Melalui majlis ini, CSSB menyerahkan tapak kepada lima institusi kerajaan iaitu Majlis Bandaraya Diraja Klang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor, Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Pembangunan kemudahan ini dijangka meningkatkan akses masyarakat kepada perkhidmatan awam dan memperkukuh infrastruktur komuniti di Pulau Indah.
Majlis turut menyaksikan Prebiu Eksklusif Aluna Residences, projek kediaman 166 unit di Laguna Park yang menampilkan rekaan moden dan nilai kediaman lestari. Menurut Tuan Amran Abdul Wahab, Ketua Pegawai Operasi CSSB, projek ini selari dengan visi CSSB untuk membangunkan Pulau Indah sebagai kawasan kediaman dan komuniti yang progresif dan harmoni.
CSSB komited untuk terus menyokong aspirasi pembangunan negeri serta menyediakan persekitaran kehidupan yang berkualiti bagi komuniti Pulau Indah dan sekitarnya.
#centralspectrum #pulauindah #alunaresidences

No comment