skip to Main Content
GOLF MESRA 2025: MEMPERKUKUH JALINAN STRATEGIK & EKSKLUSIF

GOLF MESRA 2025: MEMPERKUKUH JALINAN STRATEGIK & EKSKLUSIF

17 Mei, Sabtu – Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. melalui Jabatan Pembangunan Perniagaan telah berjaya menganjurkan Golf Mesra 2025 yang di ketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum, Y.Brs Encik Mohd Zapi Abdullah dan juga Ketua Jabatan Pembangunan Perniagaan, Encik Azhuril Adnan. Kejohan ini berlangsung di Kota Permai Golf & Country Club (KPGCC).

Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, edisi kali ini diadakan dalam skala lebih eksklusif dengan jemputan terhad kepada 16 orang, termasuk Y.Bhg. Dato’ Johary Bin Anuar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah UPEN, Y.Bhg. Dato’ Kamarul Baharin Bin Abbas, Lembaga Pengarah Central Spectrum, Y.Brs. Tuan Hj. Mohd Salim Mohamed Sain, Lembaga Pengarah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), serta wakil daripada agensi-agensi utama seperti Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Negeri Selangor (JKPTG), Jabatan Pengairan & Saliran (JPS Selangor), Pejabat Tanah & Galian Selangor (PTGS), Pejabat Daerah & Tanah Klang (PDTK), Menteri Besar Selangor (Incorporated) dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB).

Central Spectrum ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua jemputan yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama dan memeriahkan Golf Mesra 2025. Diharapkan hubungan strategik yang terjalin akan terus berkembang ke arah masa depan yang lebih cemerlang dan mampan.

#GolfMesra2025 #CentralSpectrum #KPGCC

Back To Top
×Close search
Search