KLANG, 2 Oktober 2025 – Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (CSSB) dengan penuh rasa hormat dan bangga telah turut serta dalam Istiadat Perarakan Pengantin Diraja Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor, dan Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini binti Dato’ Abdul Aziz di Bandar Diraja Klang.

Laungan Daulat Tuanku dan sepanduk ucapan tahniah serta Selamat Pengantin Baharu mengiringi perarakan sejauh kira-kira 650 meter dari Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz ke Istana Alam Shah, yang disertai ribuan rakyat jelata pelbagai kaum sejak awal pagi.

Kehadiran kakitangan CSSB menyerikan lagi majlis dan menjadi bukti semangat kebersamaan yang erat antara rakyat dengan institusi diraja.

Warga CSSB dengan penuh takzim merafak sembah tahniah dan mendoakan semoga perkahwinan Duli-Duli Yang Teramat Mulia ini kekal bahagia dan sentiasa dilimpahi rahmat serta kesejahteraan oleh Allah SWT.

#centralspectrum  #pulauindah

No comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *