
Kumpulan Central Spectrum Raikan Sambutan Hari Raya antara Jabatan dan Penjenamaan Semula Galeri Jualan
Pulau Indah, 19 April 2025 – Majlis Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Central Spectrum yang diadakan di Central Spectrum Sales Gallery semalam, menghimpunkan lebih 100 warga kerja dalam suasana penuh kemesraan. Acara ini menjadi ruang mengeratkan silaturahim sambil menikmati pelbagai juadah “pot luck” serta dekorasi menarik dari setiap jabatan.
Dalam ucaptama, Ketua Pegawai Eksekutif En. Mohd Zapi Abdullah turut mengumumkan penjenamaan semula galeri jualan syarikat kepada Central Spectrum Sales Gallery, menggambarkan arah dan komitmen baharu syarikat.
Semoga sinergi yang terjalin terus mendorong kejayaan berterusan buat seluruh keluarga Kumpulan Central Spectrum.
#centralspectrum
#pulauindah
#cssbsalesgallery