
Majlis Penghargaan kepada YBhg. Dato’ Setia Haris Bin Kasim
28 Februari 2025 – Telah berlangsung Majlis Penghargaan kepada YBhg. Dato’ Setia Haris Bin Kasim, mantan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KHSB dan Central Spectrum (M) Sdn Bhd (CSSB). Majlis ini telah dihadiri oleh seluruh warga KHSB, serta anak syarikatnya, CSSB dan Urbancubes Sdn Bhd (USB).
KHSB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Setia atas kepimpinan, dedikasi, dan sumbangan cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dalam menerajui KHSB dan CSSB.
Kami mendoakan agar Dato’ Setia dikurniakan kesihatan yang baik, kejayaan berterusan, serta kebahagiaan dalam setiap langkah yang mendatang.
Terima kasih atas segala jasa dan bakti Dato’ Setia
#TerimaKasihDatoSetiaHaris
#SelamatBersara
#JasamuDikenang
#redefinekhsb
#khsbdekatdihati
#KitaSelangorMajuBersama