25 Jun 2025, Pulau Indah – Alhamdulillah, telah berlangsung satu majlis ringkas penyerahan cek bernilai RM20,000 kepada Masjid Raja Muda Musa II, Behrang Stesen. Sumbangan ini disampaikan oleh Central Spectrum (M) Sdn. Bhd., diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En. Mohd Zapi Abdullah, sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat dalam memperkukuhkan hubungan sesama Islam serta menyokong institusi keagamaan sebagai pusat pembangunan rohani dan komuniti.

Sumbangan ini diharap dapat dimanfaatkan untuk kegunaan masjid, jemaah dan masyarakat setempat.

Semoga usaha ini menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan serta mempereratkan lagi ukhuwah di antara kita.

#centralspectrum
#pulauindah
#csrprogra

No comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *