Shah Alam, 31 Ogos 2025, bagi menyemarakkan semangat patriotisme sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 68, program kayuhan “Merdeka 68, Brompton Ride #KitaSelangor” telah diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor.
#centralspectrum
#pulauindah
#MalaysiaMADANI
#RakyatDisantuni
#KitaSelangorMajuBersama
#MerdekaSelangor68
Mengambilkira tahun kemerdekaan, seramai 68 individu turut menyertai program kayuhan sejauh 20-25 kilometer di sekitar Bandaraya Shah Alam. Program yang julung kali diadakan ini adalah hasil usahasama Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. melalui Kelab Riadah & Rekreasi serta Yayasan Hijrah Selangor dan Kelab Basikal Lipat.
Turut serta dalam kayuhan ini adalah YB Exco Pelaburan, Perdagangan & Mobiliti, Tuan Ng Sze Han; Ketua Pegawai Eksekutif Mantap Murni merangkap Ketua Kluster Hartanah MBI, En. Mohd Zapi Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad, Dato’ Hasan Azhari. Pihak CSSB diketuai oleh En. Amran Abdul Wahab, Ketua Pegawai Operasi dan beliau disertai bersama wakil kakitangan CSSB. Manakala anak-anak syarikat MBI yang lain seperti Kumpulan Hartanah Sdn. Bhd., Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Invest Selangor serta beberapa agensi berkaitan dan ahli kelab basikal tempatan telah menghantar kakitangan mereka bagi menyertai kayuhan tersebut.
Degan infrastruktur yang canggih dan landskap yang indah, Shah Alam menjadi lokasi ideal kayuhan Merdeka 68 bagi menonjolkan potensi Bandaraya ini sebagai tempat tumpu untuk pelancongan sempena dengan Tahun Melawat Selangor 2025.
Program ini bukan sekadar suatu acara, sesungguhnya kayuhan ini menzahirkan semangat perpaduan dan patriotism yang menyatukan rakyat Malaysia berbilang kaum. Ia menjadikan satu platform untuk peserta meraikan semangat kecintaan pada negara dan terus menjunjung perpaduan dan kebersamaan agar menjadi satu masyarakat yang lebih utuh buat kesejahteraan bersama.

No comment