skip to Main Content
Program Bubur Lambuk Ramadhan 1446H CSSB Eratkan Ukhuwah Bersama Komuniti

Program Bubur Lambuk Ramadhan 1446H CSSB Eratkan Ukhuwah Bersama Komuniti

Pulau Indah, 12 Mac 2025 – Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (CSSB) terus komited dalam memperkukuhkan hubungan dengan komuniti setempat menerusi Program Bubur Lambuk Ramadan 1446H yang diadakan bersama-sama ahli jawatankuasa dan kariah Masjid Ar-Rahman, Kg. Sungai Pinang, hari ini.

Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif CSSB, Encik Mohd Zapi Abdullah, yang menyatakan bahawa program ini bukan sekadar tradisi Ramadan, tetapi juga satu usaha untuk menyemai semangat kebersamaan dan perpaduan dalam masyarakat.

Sebanyak 1,000 bekas bubur lambuk telah disediakan dan diagihkan kepada kakitangan CSSB, penduduk sekitar serta jemaah Masjid Ar-Rahman sebagai juadah berbuka puasa. Inisiatif ini mencerminkan tanggungjawab sosial CSSB dalam berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan, selaras dengan nilai-nilai kebersamaan dan kemasyarakatan yang diterapkan dalam budaya syarikat.

Sebagai pemaju utama hartanah di Pulau Indah, CSSB bukan sahaja memainkan peranan dalam pembangunan perindustrian dan ekonomi, tetapi juga menitikberatkan kesejahteraan sosial komuniti setempat. Melalui program sebegini, CSSB terus mengukuhkan jenama sebagai sebuah syarikat yang prihatin dan berdaya maju dalam membangunkan persekitaran yang harmoni serta mampan.

Program Bubur Lambuk ini menjadi bukti komitmen CSSB dalam menjalin hubungan erat dengan masyarakat dan menyemarakkan semangat Ramadan yang penuh keberkatan.

#centralspectrum
#pulauindah
#programbuburlambuk
#ramadan1446h

Back To Top
×Close search
Search