skip to Main Content
PROGRAM GOTONG-ROYONG BASMI DENGGI PULAU INDAH

PROGRAM GOTONG-ROYONG BASMI DENGGI PULAU INDAH

Pulau Indah, 5 Julai 2025 – Westports Malaysia dan Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (CSSB) dengan kerjasama agensi kerajaan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) serta Pejabat Kesihatan Daerah Klang (PKD Klang) telah berganding bahu menjayakan Program Gotong-Royong Basmi Denggi di kawasan Indah Point, Pulau Indah.

Program ini bertujuan meningkatkan tahap kebersihan persekitaran setempat serta menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes bagi membendung penularan wabak denggi.

Program ini dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Amran Abdul Wahab, Ketua Kewangan dan Pelaburan, CSSB. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Lt (B) Encik Mohd Fauzi bin Othman, Ahli Majlis Zon N46C, Encik Azmi Bin Muji, Pengarah Jabatan Kesihatan MBDK, Dr. Ravikanth A/L Perumal, Ketua Unit Kawalan Vektor PKD Klang dan En. Rosman bin Mohd Yunus, Pengurus Jabatan Keselamatan Westports Malaysia Sdn. Bhd.

Usaha bersama ini membuktikan komitmen semua pihak dalam memastikan kesejahteraan komuniti Pulau Indah sentiasa terjaga. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat!

#centralspectrum
#pulauindah
#CSRprogram
#gempuraedes

Back To Top
×Close search
Search