skip to Main Content
PROGRAM KERJASAMA SEMARAK RAMADHAN 1445H/2024M DI ANTARA CSSB DAN YAYASAN KUIS

PROGRAM KERJASAMA SEMARAK RAMADHAN 1445H/2024M DI ANTARA CSSB DAN YAYASAN KUIS

Kajang, 8 Mac 2024 – Sempena Ramadhan yang bakal tiba, Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (CSSB) dengan kerjasama Yayasan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) akan mengadakan Program Semarak Ramadhan 1445H/2024M.

Satu majlis ringkas serahan “Mock Cheque” telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan, Jaringan Komuniti dan Industri, UIS hari ini.
Kerjasama erat di antara CSSB dan Yayasan KUIS untuk Program Semarak Ramadan ini bertujuan menyantuni pelajar-pelajar Universiti Islam Selangor (UIS) yang bekeperluan serta komuniti sekitar.

Program ini mensasarkan untuk memberi manafaat kepada seramai 100 orang pelajar asnaf UIS untuk majlis iftar yang disediakan di Masjid Al-Azhar, UIS dan dijadualkan berlangsung dari 12 Mac hingga 8 April 2024. Selain daripada majlis iftar, sumbangan ini juga akan disalurkan kepada 50 pelajar yang terpilih untuk menerima Pek Sahur.
Simbolik penyerahan “Mock Cheque” telah disempurnakan oleh Puan Ruzita Mohd Taib, Ketua Seksyen Komunikasi Korporat, CSSB. Manakala bagi pihak Yayasan KUIS, Yang Berusaha Dr. Abdul Razif Zaini, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, telah menerima sumbangan tersebut bagi pihak universiti.

Penganjuran program ini juga selari dengan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan oleh pihak CSSB. Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan para pelajar yang kurang berkemampuan dan memberi manfaat kepada semua pihak, baik yang menyumbang mahupun yang menerima di bulan Ramadan yang mulia ini.

#centralspectrum #semarakramadan #pulauindah #cssbcsrprogram

Back To Top
×Close search
Search