
PROGRAM SUMBANGAN KORBAN NEGERI SELANGOR (PSKNS) 2025
Shah Alam, 20 Mei 2025 – Central Spectrum (M) Sdn Bhd telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM150,000 kepada Program Sumbangan Korban Negeri Selangor (PSKNS) 2025. Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan RM6 juta yang berjaya dikumpulkan melalui penyertaan anak syarikat Kerajaan Negeri serta agensi-agensi berkanun.
Majlis perasmian telah berlangsung semalam di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, dan disempurnakan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, yang turut menyampaikan ucapan perasmian.
Pada tahun ini, Kerajaan Negeri menyumbangkan sebanyak 700 ekor lembu dan 1,000 ekor kambing kepada masjid, surau serta badan-badan masyarakat terpilih. PSKNS merupakan inisiatif tahunan Kerajaan Negeri dalam usaha menyantuni rakyat serta memberi peluang kepada golongan kurang berkemampuan untuk melaksanakan ibadah korban.
Program ini juga bertujuan memperkukuh semangat keprihatinan dan mempererat kerjasama antara agensi kerajaan dan komuniti setempat.
#CentralSpectrum #PSKNS #SelangorPrihatin #KorbanSelangor