skip to Main Content
Sokongan Central Spectrum Dalam Sambutan HAWANA 2025

Sokongan Central Spectrum dalam Sambutan HAWANA 2025

Kuala Lumpur, 3 Jun 2025 – Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. berbesar hati menjadi sebahagian daripada Majlis Bersama Rakan Strategik sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 yang telah berlangsung di Wisma Bernama, Kuala Lumpur.

Majlis penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi Malaysia, yang turut melancarkan MOTORHOME-BERNAMA Mobile Studio, satu inisiatif baharu dalam memperluaskan capaian berita secara lebih dekat dan inklusif kepada masyarakat.

Sebagai rakan strategik, Central Spectrum melalui Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Mohd Zapi Abdullah, menyampaikan sumbangan RM30,000 sebagai simbol sokongan kepada usaha berterusan media dalam menyebarkan maklumat yang tepat dan memperkasakan masyarakat melalui komunikasi berkesan.

#centralspectrum #pulauindah #HAWANA2025 #BERNAMA

Back To Top
×Close search
Search