
Sumbangan Ibadah Qurban Sempena Aidiladha 1446H oleh Central Spectrum (M) Sdn. Bhd.
Pulau Indah, 7 Jun 2025 – Alhamdulillah, sempena kedatangan Hari Raya Aidiladha 1446H, Central Spectrum (M) Sdn.Bhd. (CSSB) telah menyempurnakan sumbangan dua (2) ekor lembu dan dua (2) ekor kambing qurban dari Kerajaan Negeri kepada tiga buah masjid terpilih di Pulau Indah pada 5 dan 6 Jun 2025.
Agihan daging qurban turut disampaikan kepada 16 orang kakitangan bukan eksekutif kumpulan CSSB serta komuniti setempat di Pulau Indah sebagai tanda keprihatinan dan usaha berterusan syarikat dalam menyantuni masyarakat seiring dengan nilai-nilai murni Islam.
Majlis ibadah qurban dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 7 Jun 2025, di masjid-masjid berkenaan dengan kerjasama pihak pengurusan masjid dan komuniti.
CSSB mengambil keberkatan Aidiladha ini sebagai peluang untuk berinfaq, memperkukuh silaturrahim dan sebagai tanda penghargaan kepada kakitangan syarikat atas dedikasi yang telah diberikan. Semoga segala amal dan sumbangan ini diterima sebagai ibadah Allah SWT dan membawa manfaat kepada semua pihak.
#centralspectrum
#pulauindah
#aidiladha1446H
#ibadahqurban