
MAJLIS BACAAN YASIN CSSB BERSAMA MBI
PULAU INDAH, 18 Julai 2025 — Majlis Bacaan Yasin anjuran Menteri Besar Incorporated (MBI), dengan kerjasama Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (CSSB), telah berlangsung dengan penyertaan warga kerja Kumpulan MBI dan anak-anak syarikat.
Majlis ini bertujuan untuk mempererat ukhuwah sesama warga korporat di samping memohon keberkatan serta perlindungan daripada Allah SWT.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Amran Abdul Wahab, Ketua Kewangan & Pelaburan CSSB, yang merakamkan penghargaan atas komitmen semua pihak dalam menjayakan majlis kerohanian ini.
Turut serta secara dalam talian ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor, YBhg. Dato’ Ts. Saipolyazan bin Mat Yusop, bersama-sama pengurusan tertinggi serta ketua-ketua jabatan anak syarikat MBI.
Majlis yang diketuai oleh CSSB ini telah diadakan di Surau CSSB, Aras 3, dan diharap menjadi pemangkin kepada hubungan silaturahim yang lebih erat serta dilimpahi keberkatan oleh-Nya.
#centralspectrum
#pulauindah